Tata cara hidup suami isteri Adam dan Hawa dimuka bumi mulai tertib dansempurna tatakala Hawa bersiap-sedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akanmenjadi bibit pertama bagi umat manusia di dunia ini.
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabil danadik perempuannya yang diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangankembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Labuda".
Kedua orang tua,Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempatputera-puterinya itu dengan senang hati dan gembira, walaupun Hawa telahmenderita apa yang lumrahnya dideritai oleh tiap ibu yang melahirkanbayinya.Mereka menhharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkananakcucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasainya sesuaidengan amanat yang telah dibebankan keatasnya.
Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang, bertumbuhlahkeempat anak itu dengan cepatnya melalui masa keanak-anakkan dan ke alamremaja.Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunyamengurus rumahtangga dan melakukan hal-hal yang menjadi tugas wanita.Sementarayang lelaki pula masing-masing menempuh jalanya sendiri mencari nafkah untukmemenuhi keperluan hidup mereka.Qabil berusaha dalam bidang pertanian sementaraHabil pula dalam bidang penternakkan.
Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan dengantertib,sempurna dilimpahi kasih sayang, saling cinta menyintai,hormatmenghormati sesama mereka.
Keempat anak Adam memasuki alam remaja.
Keempat putera puteri Adam mencapai usia remaja,di mana nafsu berahi dansyahwat serta hajat kepada hubungan kelamin semakin hari semakin ketara.
Allah telah memberikan Nabi Adam ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan kedua puterinya.Qabil di kahwinkan dengan adik Habil yangbernama Labuda dan Habil di kahwinkan dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.
Cara yang telah diilhamkan oleh Allah itu segera Nabi Adam sampaikan kepadakedua puteranya sebagai putusan sang ayah yang harus dipatuhi dan segeradilaksanakan untuk menjaga kedamaian dan ketenangan didalam keluarga mereka.Akantetapi dengan tiada diduga keputusan itu telah ditolak oleh Qabil dan menyatakanbahawa dia tidak mahu mengahwini Labuda,adik Habil dengan alasan bahawa Labudatidak secantik adiknya Iqlima.Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mengahwiniadiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan ia tidak rela menyerahkannya untukdikahwini oleh Habil.
Kerana Qabil tetap berkeras tidak mahu menerima keputusan ayahnya.demimenjaga keutuhan keluarganya Nabi Adam menyerahkan masalah perjodohan itu kepadaTuhan untuk menentukannya.Caranya adalah masing-masing di kehendaki menyerahkankorban kepada Tuhan dan korban siapa yang akan diterima Tuhan.Barang siapa yangdi terima korbannya dia berhak untuk menentukan jodohnya.
Monday, March 29, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment