Saturday, August 21, 2010
TUHAN KITA
Manusia bekerja siang dan malam untuk menari sesuap rezeki.Lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, memerlukan perbelanjaan yang tinggi juga.Begitulah realiti hidup yang berlaku sekarang ini.
Allah SWT adalah sumber pemberi rezeki.Allah Ar-Razzaq, ertinya Yang Maha Pemberi rezeki. Penat letih mansia bekerja kerana mengharapkan rezeki yang datang dari Allah SWT.
Allah memberi rezeki denan banyak sekali dan berulang-ulang.Allah yang menjadikan rezeki.Allah yang menjadikan makhluk-makhlukNya dan juga yang memberi rezeki kepada setiap makhluknya.
Walaupun Allah SWT telah menjaminkan rezeki kepada setiap makhlukNya, ia tidak diperolehi begitu sahaja.Malah tumbuh-tumbuhan juga berusaha mendapat cahaya matahari, air dan makanan dengan caranya tersendiri.
CARI REZEKI YANG HALAL
Bagi manusia telah disediakan rezeki yang baik dan halal. Terserahlah kepada kita untuk berusaha mendapatkannya. Hindari daripada terlibat dengan yang subhah ataupun yang haram.Betapa gigih sekalipun bekerja, jangan lupa Kepada Yang Memberi rezeki.
Patuhilah peraturan yang telah ditetapkan oleh pemberi rezeki. Di samping bekerja dan berusaha,banyakkan doa. Yakin sungguh-sungguh bahawa tiada pemberi rezeki kecuali Allah SWT.Barulah rezeki kita diberkati-Nya,sentiasa mencukupi untuk keperluan.
Sumber rezeki kita banyak berkait dengan orang lain. Misalnya berniaga, mengharapkan orang ramai membeli barang-barang atau makanan yang kita niagakan. Allah SWT menyediakan rezeki seorang peniaga melalui hamba-hamba-Nya yang lain.
SEDEKAH DAN MENABUNG
Pengertian rezeki sangat luas. Ilmu pengetahuan juga merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah.Kesedaran atau petunjuk untuk menerima kebenaran dan kebaikan dikira sebagai rezeki juga.Kesihatan yang baik pun rezeki juga.
Apa yang harus dibuat dengan rezeki pemberian Allah SWT? Mensyukurinya iaitu dengan menggunakan dan membelanjakan bagi hal-hal yang dibenarkan oleh Allah SWT. Melapangkan kesusahan orang lain dengan memberi sumbangan atau sedekah. dan janganlupa menabung jika ada lebihan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment