Thursday, April 8, 2010

SANG KANCIL DENGAN HARIMAU

Si Buah Cempedak


Si Buah Cempedak

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Begitulah saban hari si cempedak mendengar namanya disebut-sebut kanak-kanak kecil
sebagai sebagai lagu dalam pantun. Namun, nasib cempedak ini tidaklah begitu baik. Baru berbuah,habis ditebuk haiwan. Kerana itu, habis bahagiannya ada yang busuk.

“Mengapa begini nasib diriku? Sia-sia saja berbuah, tapi rosak dimakan binatang. Aku mahu manusia memakanku. Mereka memang menggemarkan aku. Sebab itulah mereka selalu
menyebut namaku.” kata si cempedak seorang diri.

Lalu dengan tiba-tiba, dia telah disapa oleh seekor semut.

“Mengapa dengan awak ni? awak mengeluh atau awak memintanya?”
Jawab si cempedak “sudah tentu aku mengeluh. Aku mahukan manusia memakan aku.”
“Mengapa perlu begitu? balas si semut".
“Sememangnya aku mahu disanjung tinggi dan sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan buah yang ada pada pandangan manusia” kata si cempedak itu lagi.
Semut mendiamkan diri dan menggelengkan kepala.

“Aku mahu namaku tetap menjadi sebutan. Lagi pun memang aku ini hanya layak dimakan oleh manusia sahaja.” sambung si cempedak.
“Kau tak berhak untuk berkata begitu” si semut menyampuk.
Tidak disangka-sangka, si cempedak merasa marah. Lalu dia mengherdik si semut.
“Berani engkau berkata begitu kepada aku. Aku berhak keatas diri aku sendiri dan akulah yang menentukan siapa yang layak memakan aku”.

Si semut semakin menghampiri si cempedak.
“Awaslah dengan petah bicaramu wahai cempedak. Engkau dijadikan untuk semua
makhluk-Nya dimuka bumi ini. Maka, Dialah yang lebih berhak menentukan siapa yang layak untuk memakanmu” si semut cuba untuk menasihati cempedak.
Si cempedak diam seketika. Namun, tiba-tiba bersuara lagi.

1 / 3
CERITA KANAK-KANAK
Written by asiamind
Friday, 12 September 2008 11:49 -


“Ah. Aku tak peduli semua itu. Aku menghasilkan makanan yang lazat. Siapa yang tidak mahu aku wahai semut? Semua manusia mengemarinya. Tetapi jika yang lain memakannya,
bagaimana aku ini akan menjamu buah-buahan ku yang manis dan lazat ini kepada manusia?Engkau tidak fahamkah dengan ini semua?”.

“Aku mengerti wahai cempedak yang manis dan lazat. Apakah engkau merasa bangga dengan
diri engkau ini?” soal si semut.Lalu dengan pantas dijawab oleh cempedak. “Sudah semestinya aku berbangga dengan apa yang aku ada. Aku manis, lazat dan malahan berkhasiat. Siapa lagi yang dapat menandingi aku? Bahkan, isiku juga banyak. Sememangnya masyhurlah diriku ini wahai semut kecil”.

Si semut merasa terkilan kerana seolah-olah diperli oleh cempedak. Lalu dengan tenang si semut berkata “ Itulah kelebihan dirimu yang telah diberikan olehnya. Disebabkan kesedapan,keenakan, kemanisan, kelazatan dan isimu yang banyak itulah yang menyebabkan engkau bukan sahaja digemari oleh manusia, tetapi haiwan juga”
“Mengapa engkau berkata begitu?” soal cempedak dengan cepat sebaik mendengar kata-kata si semut itu.

Si semut tersenyum kecil. Namun, cempedak merasa hairan. Dia diam sambil menunggu semut menyambung kata-katanya. “Bukankah kemanisan dan kelazatanmu itu satu tarikan dirimu untuk tidak kira samada manusia mahupun haiwan menghampiri dan memakanmu” kata semut.“ya” jawab si cempedak.

“Inikan sudah membuktikan bahawa disebakan itulah semuanya tertarik kepadamu.
Seharusnya engkau bersyukur kerana terdapat kelebihan dalam dirimu itu. Mahukah engkau,hanya haiwan sahaja yang menggemarimu sedangkan manusia tidak?” si semut menyambung kata-katanya tadi.

Si cempedak diam berfikir seketika. Dan seterusnya bersuara “Aku tidak mahu begitu. Tetapi aku hanya menginginkan manusia sahaja yang memakanku”
Semut senyum bersahaja. “Hai cempedak, setiap yang menjadi kegemaran dan kesukaan
manusia itulah juga akan menjadi santapan bagi haiwan. Apa yang digemari oleh manusia itu,pastinya turut digemari oleh haiwan. Bersyukurlah kerana adanya yang menggemarimu”.

“Ya, aku faham wahai semut kecil. Aku mengerti akan hal ini” kata cempedak dengan nada yang suram.Si semut melihatkan akan hal itu segera berkata kepada cempedak. “Niat aku bukan untuk membuat kau berasa sedih, tetapi sebagai peringatan untuk setiap yang tercipta pasti ada tujuannya”

2 / 3
CERITA KANAK-KANAK
Written by asiamind
Friday, 12 September 2008 11:49 -

Cempedak mengangguk tanda faham akan apa yang dikatakan oleh si semut kecil itu. Lalu dia bersuara “Terima kasih wahai semut kerana menasihati aku. Aku akan berusaha untuk membuang segala tabiat dan niat yang kurang baik dalam diriku ini”
Semut kecil pun merasa gembira dengan apa yang dikatakan oleh cempedak. Mulai dari saat itu, tidak kedengaran lagilah rintihan keluhan daripada buah cempedak lagi.
3