Monday, March 29, 2010

Kisah Habil dan Qabil

Tata cara hidup suami isteri Adam dan Hawa dimuka bumi mulai tertib dansempurna tatakala Hawa bersiap-sedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akanmenjadi bibit pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.Pertama lahirlah pasangan Qabil danadik perempuannya yang diberi nama "Iqlima",kemudian menyusul pasangankembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Labuda".

Kedua orang tua,Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempatputera-puterinya itu dengan senang hati dan gembira, walaupun Hawa telahmenderita apa yang lumrahnya dideritai oleh tiap ibu yang melahirkanbayinya.Mereka menhharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkananakcucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasainya sesuaidengan amanat yang telah dibebankan keatasnya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang, bertumbuhlahkeempat anak itu dengan cepatnya melalui masa keanak-anakkan dan ke alamremaja.Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunyamengurus rumahtangga dan melakukan hal-hal yang menjadi tugas wanita.Sementarayang lelaki pula masing-masing menempuh jalanya sendiri mencari nafkah untukmemenuhi keperluan hidup mereka.Qabil berusaha dalam bidang pertanian sementaraHabil pula dalam bidang penternakkan.

Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan dengantertib,sempurna dilimpahi kasih sayang, saling cinta menyintai,hormatmenghormati sesama mereka.

Keempat anak Adam memasuki alam remaja.

Keempat putera puteri Adam mencapai usia remaja,di mana nafsu berahi dansyahwat serta hajat kepada hubungan kelamin semakin hari semakin ketara.

Allah telah memberikan Nabi Adam ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan kedua puterinya.Qabil di kahwinkan dengan adik Habil yangbernama Labuda dan Habil di kahwinkan dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Cara yang telah diilhamkan oleh Allah itu segera Nabi Adam sampaikan kepadakedua puteranya sebagai putusan sang ayah yang harus dipatuhi dan segeradilaksanakan untuk menjaga kedamaian dan ketenangan didalam keluarga mereka.Akantetapi dengan tiada diduga keputusan itu telah ditolak oleh Qabil dan menyatakanbahawa dia tidak mahu mengahwini Labuda,adik Habil dengan alasan bahawa Labudatidak secantik adiknya Iqlima.Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mengahwiniadiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan ia tidak rela menyerahkannya untukdikahwini oleh Habil.

Kerana Qabil tetap berkeras tidak mahu menerima keputusan ayahnya.demimenjaga keutuhan keluarganya Nabi Adam menyerahkan masalah perjodohan itu kepadaTuhan untuk menentukannya.Caranya adalah masing-masing di kehendaki menyerahkankorban kepada Tuhan dan korban siapa yang akan diterima Tuhan.Barang siapa yangdi terima korbannya dia berhak untuk menentukan jodohnya.

Kisah Nabi Idris

Tidak banyak keterangan yang didpti tentang kisahNabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitabsejarah nabi-nabi.Di dalam Al-Quran hanya terdpt dua ayat tentang Nabi Idrisiaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57:
"Dan ceritakanlah { hai Muhammad kepada mereka , kisah } Idris yang terdpttersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sgt membenarkandan seorang nabi. 57 - Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yangtinggi." { Maryam : 56 - 57 }
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid binMihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunanpertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith.
Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwahuntuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah sertamembeeri beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diridarii seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidupsampai usia 82 tahun.
Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah :

1 .Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspadadan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah danberdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdustadan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidakmenyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepadapembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukurdan puji kepada Allah.
6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baiknasibnya, karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidaksesuatu pun akan memuaskannya.
8 . Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnyaseorang tidak dpt bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehinyaitu.
Dalam hubungan dengan firman Allah bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggiIbnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkalaberada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat Wallahu a'alam bissawab.

Kisah Nabi Adam

Setelah Allah swt.menciptakan bumi dangunung-ganangnya.laut-lautanya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit denganmataharinya,bulan dengan bintangnya yang bergemerlapan ,menciptakanmalaikatnya.ia adalah sejenis makhluk halus yang di ciptakan untukberibadah,menjadi perantara zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hambanya terutamapara rasul dan nabinya.Maaka tibalah kehendah Allah swt.untuk menciptakansejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya,menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya danberkembang biak turun-temurun, waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

-Kekhuatiran para malaikat.

Para malaikat ketika di beritahu oleh Allah swt. akankehendakNya menciptakan makhluk lain itu, mereka khuatir sekiranya kehendahAllah menciptakan makhluk lain itu adalah kerana kesalah atau kelalaian merekadalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana mereka telah melakutan kesalahantanpa mereka sedari.Berkata mereka kepada Allah swt. "Wahai Tuhan Kami !buat apa tuhan menciptakan makhluk lain selain dari kami, padahal kami selalubertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama Mu tanpahenti-hentinya.Sedang makhluk yang tuhan akan ciptakan dan turunkan kebumiitu,nescaya akan bertengkar antara satu sama lain, akan saling bunuh membunuhberebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat di atasnya dan terpendam didalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakkan dan kehancuran di atas bumi yangtuhan ciptakan itu."
Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:"Akumengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan aku sendirilah yang mengetahui hikmatpenguasaan Bani Adam atas bumi Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkanroh kepadanya, bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatandan bukan sujud sebagai sujud ibadah,kerana Allah swt. melarang hambaNyaberibadah kepada sesama makhlukNya."
Maka di ciptakanlah Adam oleh Allah swt. dari segumpal tanah liat kering danlumpur hitam yang berbentuk.Setelah di sempurnakan bentuknya di tiupkanlah rohciptaan Tuhan kedalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

-Iblis membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah sepertipara malaikat yang lain,yang segera sujud di hadapan Adam sebagai penghormatanbagi makhluk Allah yang akan di beri amanat menguasai bumi dengan segala apayang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasadirinya lebih mulia, lebih Utama dan lebih Agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api,sedangkan Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggannyadengan asal-usulnya menjadikannya sombong dan merasa rendah untuk bersujudmenghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun di perintahkan olehAllah.
Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu bersujud menghormatisesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tanganKu?Apakah engkau menganggap dirimubesar dan agung?"
iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkautelah ciptakan aku dari api dan menciptakan dia dari lumpur."
Kerana kesombongan dan keangkuhannya melakukan sujud yang di perintahkan, makaAllah telah mengusir Iblis dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan paramalaikat dengan di sertai kutukan dan laknat yang akan kekal sehingga harikiamat.Di samping itu ia di nyatakan sebagai penghuni neraka.
Dengan sombongnya Iblis apa yang di berikan oleh Tuhan itu dan ia hanya memohonagar di beri kesempatan untuk terus kekal hidup hingga hari kebangkitan kembalidi hari kiamat.Allah memakbulkan permintaannya itu dan di tangguhkan sehinggahari kebangkitan.Setelah menerima jaminan dari Allah itu, ia tidak bersyukuratas jaminan itu, malah ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebabterusirnya dia dari syurga dan di keluarkannya dari barisan malaikat, dan akanmendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk merekameninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajakmereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,mengoda merekan supayamelalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukurdan beramal soleh.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis terkutuk itu:"Pergilah engkau bersamapengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi Jahanam dan bahan bakarneraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hambaKu yang telah berimankepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki akidah yang mantap dan tidak akangoyah oleh rayuanmu; walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasutdan memfitnah".

Si Comel sesat

Ada seekor anak kucing yang sangat comel.

Nama dia comel.

Comel adalah anak kucing yang baik.

Dulu Comel malas mandi.

Tapi sekarang Comel dah rajin mandi.

Dulu Comel busuk.

Tapi sekarang Comel dah wangi.

Comel suka main dengan kawan-kawan di luar rumah.

Pada suatu hari, Comel nak keluar rumah untuk main dengan kawan-kawan.

Mak comel pesan, “jangan pergi jauh-jauh, nanti sesat”.

Comel cakap “ok”.

Comel pun keluar jalan-jalan.

Comel jumpa kambing.

Comel pun main dengan kambing.

Comel main lari-lari dengan kambing.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

——————————————————————

Comel jumpa itik pulak.

Comel pun main dengan itik.

Comel main berenang-berenang dengan itik.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

———————————————————–

Kali ni Comel jumpa belalang.

Comel pun main dengan belalang.

Comel main lompat-lompat dengan belalang.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

———————————————————-

Comel jumpa pulak dengan budak kecik nama Abdullah (letak nama anak anda).

Comel pun main dengan Abdullah.

Comel main ape ye dengan Abdullah? cube teka?

Betul! Comel main …….. dengan Abdullah.

Seronok sangat.

Bila dah boring, comel cakap “terima kasih, lain kali kita main lagi”,

Comel pun jalan-jalan lagi.

—————————————————–

(boleh tambah lagi dengan berjumpa ahli keluarga yg lain atau binatang lain)

—————————————————–

Tiba-tiba baru comel sedar,

Comel kat mane ni?

Comel dah sesat.

(Abdullah tanya : sesat tu ape ummi?… Ummi jawab: sesat tu kita tak tahu kita ada dekat mana, lepas tu tak tahu nak balik rumah macam mana…)

Comel jadi takut.

Comel nak balik rumah.

Tapi Comel tak ingat dah macam mana nak balik rumah.

Comel sedih sangat.

Comel nangis.

Comel tak tahu dah nak buat macam mana.

Hari dah nak malam.

Malam gelap sangat.

Nanti Comel dah tak nampak apa-apa.

Macam mana nak balik rumah?

Tiba-tiba Comel nampak Abdullah. (atau character sebelum ini)

Comel lari sambil menjerit “Abdullah!, tolong comel!”.

“Comel dah sesat, Comel nak balik rumah”.

Abdullah pun tolong bawak Comel balik rumah.

Comel gembira sebab dapar balik rumah.

Lain kali Comel tak nak dah pergi main jauh-jauh.

Comel nak main dekat-dekat rumah je.

Kalau nak pergi main jauh-jauh, Comel ajak mak die pergi sekali.

Bahaya kalau pergi main jauh-jauh, nanti sesat.

Kalau orang jahat tangkap macam mane?

Sang Tikus dan Sang Singa

Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang.

Lubang itu berada di dalam hutan.Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang takut dengan Singa itu.

Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan.
Tikus berjalan di dalam gelap.
Tikus tak berapa nampak kerana gelap sangat.
Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu.
Rupa-rupanya tikus terlanggar Singa.

Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur.
“Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau.” Kata sang Singa.
Tikus sangat takut.
“Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong.” Rayu sang tikus.
“Hahaha… Hahaha… apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha… Saya adalah raja rimba… kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan awak.” Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak.
Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mangaum meminta tolong.
“Aum, tolong!, tolong!” jerit singa.
Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa.
Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu.

cerita anjing dengan bayang-bayang

Ada seekor anjing.
Nama anjing ni dodo.
Satu hari Dodo rasa lapar.
Sudah dua hari dodo tidak makan.
Dodo pun pegi jalan-jalan untuk cari makanan.
Tiba-tiba dodo terjumpa seketul tulang.
Dodo sangat suka makan tulang.
Dodo sangat gembira.
Dodo menari-nari kegembiraan.
Dodo pun bawa tulang tu balik ke rumah.
Waktu nak balik, Dodo lalu satu titi.
Dodo meniti dengan berhati-hati.
Tiba-tiba Dodo ternampak ada lagi seekor anjing yang membawa tulang.
Tulang anjing itu lebih besar dari tulang Dodo.
Dodo tamak, Dodo nak tulang anjing tu juga.
Dodo pun menyalak pada anjing itu.
Apabila Dodo menyalak, dia membuka mulut.
Tulang dalam mulut Dodo pun terjatuh.
Plum! bunyi tulang Dodo jatuh dalam air.
Air pun terpercik.
Baru Dodo tahu, anjing yang dia nampak adalah bayang-bayang dia.
Sebab Dodo tamak, Dodo tak dapat makan tulang langsung.
Kesian Dodo lapar.
Sebab tu kita tak boleh tamak, kalau tamak nanti langsung tak dapat apa-apa.